Kmpung Morten terletak di tebing Sungai Melaka dan terletak di tengah bandaraya Melaka. Dari Jalan Bunga Raya anda boleh menemui kampung ini selepas melalui persimpangan Hotel Majestic atau berhadapan dengan Uitm Melaka Kampus Bandar.
Bagi rakyat negeri Melaka , nama Kampung Morten bukanlah satu nama yang asing. Namun begitu , pelancong-pelancong dari negeri lain mungkin ada yang belum kenal , malah mungkin ini baru pertama kali mendengar kampung ini . Hakikatnya , Kampung Morten telah menerima pelawat daripada pelbagai pelosok dunia . Kampung Moten kini menjadi tumpuan pelancong dan bukan sahaja menawarkan pengalaman menarik meneroka kampung tradisional malah turut menyediakan homestay dan rumah penginapan pada harga yang amat berpatutan untuk disewa
Kampung ini telah diwartakan sebagai warisan dan Kerajaan Melaka telah memainkan peranan memulihara semula perkampungan ini dengan identiti asalnya untuk tujuan warisan dan perlancongan. Rekabentuk rumahnya adalah rumah senibina tradisional Melaka dengan bumbung dan tangga yang unik. Untuk lebih keseragaman , seni bina rumah-rumah di sini dibaik pulih dan dicat dengan warna yang sama.
Pada waktu malam pula , lampu-lampu dipasang di setiap rumah untuk menyerlahkan senibina dan mencantikan lanskap perkampungan ini bagi menarik perhatian pengunjung dan segala kos usaha ini dibiayai oleh kerajaan negeri Melaka.
Dan jika anda menaiki River Cruise ( telah disebut dalam post sebelum ini) , anda pasti akan teruja apabila menyusuri perkampungan ini dari air .
No comments:
Post a Comment