Friday

Taman Mini Malaysia & Asean



Assalamualaikum semua! apa khabar ? okay entry kali ini nak cerita pasal Taman Mini Malaysia & Asean .
Taman Mini ini terletak di Ayer Keroh , Melaka . Taman ini tidak jauh dari Zoo Melaka , kalau nak ke Zoo Melaka akan jumpa Taman Mini Malaysia & Asean ni dulu .

Taman Mini Malaysia & Asean ini menempatkan rumah dari 14 buah negeri yang ada di Malaysia . Setiap seni bina di rumah rumah tersebut melambangkan negeri masing masing . haaa! mana nak cari tempat menarik macam ni lagi kalau bukan di Melaka ? tak perlu susah susah ke setiap negeri untuk melihat seni bina rumah mereka , cukup ke Taman Mini Malaysia & Asean .

harga tiket pula Rm 10 bagi dewasa dan Rm 5 bagi kanak kanak . Dalam setiap replika replika rumah ini , terdapat kraftangan dari negeri tersendiri . Kraftangan tersebut digunakan bagi menghiasi ruang dalam rumah rumah yang ada . Kraftangan ini juga dijadikan sebagai pameran untuk para pelancong . Para pelancong akan kenali Malaysia dengan lebih dekat lagi .

Walaupun rumah rumah disini seakan akan sama tapi sebenarnya tidak , banyak perbezaan yang ketara boleh kita lihat . Setiap satu rumah mempunyai identiti yang tersendiri . Selain rumah rumah tradisional para pelancong juga turut dihiburkan dengan persembahan tarian dan permainan tradisional mengikut negeri . Jadi ayuhlah ke Taman Mini Asean ini . 

Bangunan Stadthuys




Assalamualaikum semua , entry kali ini tentang Bangunan Stadthuys .Apa ? tak pernah dengar ? mustahil. Bangunan Stadthuys ini tersangat lah terkenal di Melaka . Bangunan ini wajib dilawati oleh semua pelancong dari segala pelosok dunia . Bangunan ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri .
Stadthuys yang bermaksud dewan pembandaran dalam bahasa Belanda . Bangunan ini terletak bersebelahan dengan Gereja Christ di Jalan Laksamana . Bangunan ini dibina pada tahun 1650 sebagai penempatan rasmi gabenor Belanda dan timbalan gabenor . Struktuk bangunan ini memaparkan seni bina halus Belanda .
 
Bangunan ini juga mempunyai catatan sejarah pendidikannya yang tersendiri . Pada abad ke-19 zaman pemerintahan inggeris sebuah sekolah yang dikendalikan oleh golongan paderi dikenali sebagai Malacca Free School telah dibina di perkarangan bangunan ini . Pendidikannya diberi secara percuma oleh pihak inggeris . Namun begitu ramai pelajar disitu terdiri daripada anak anak golongan cina yang kaya .

Bagi sesiapa yang menyukai sejarah , tempat ini adalah wajib dilawati . Bagi mereka yang hendak mengenali sejarah , tempat ini amat sesuai untuk dilawati bagi mendalami sejarah zaman dahulu . Bangunan Stadthuys ini juga menempatkan Muzium Sejarah dan Etnografi , Galeri Laksamana Cheng Ho dan lain lain lagi . Muzium muzium ini memaparkan artifak kegemilangan Melaka .

Jonker Walk

Hi dan Assalamualaikum semua , harini saya akan post lagi pasal tempat tempat menarik di Melaka . Paling favourite pelancong bila datang sini mesti lah Jonker Walk . jom kita usha usha situasi di Jonker Walk . Bagi yang tak tahu Jonker Walk ini teramat sangatlah famous di Melaka . sebut je Jonker Walk dekat Melaka semua orang tahu . 




TADAAAAA

Itulah Jonker Walk atau dalam bahasa melayunya ialah Persiaran Jonker. Jonker Walk ini terletak di Jalan Hang Jebat . Jonker Walk ini di anggap sebagai syurga bagi mengumpul barang barang antik dan murah . Jonker Walk ini memaparkan seni bina baba dan nyonya . Jonker Walk ini di buka setiap hari Jumaat hingga Ahad . Jonker Walk ini juga mempunyai sekitar 300 peniaga . 

Banyak barang barang antik yang boleh kita dapati disini . Barang barang antik yang punya sejarah dan nilai yang tersendiri . Jonker Walk ini tersangat lah terkenal bagi sesiapa yang mencari barang barang antik . Bagi sesiapa yang sukakan barangan antik pasti tidak akan melepaskan peluang untuk datang ke sini . Jonker Walk ini boleh dikategorikan sebagai tempat wajib dilawati jika anda bercuti ke Melaka .

Selain dari barangannya yang murah , terdapat banyak barangan yang jarang dijumpai di tempat lain namun boleh ditemui disini . Padanlah orang kata Jonker Walk ini sebagai syurga mengumpul barang antik . Anda tidak perlukan wang yang banyak untuk ke Jonker Walk kerana harga barangannya amat berpatutan dan sesuai dengan kualiti barang . Itu saja untuk entry kali ini, selamat datang ke Jonker Walk! :D


Kampung Morten - Kampung Warisan Negeri Bersejarah

Salam satu Melaka...Entry kali ini adalah tentang Kampung Morten...

Kmpung Morten terletak di tebing Sungai Melaka dan terletak di tengah bandaraya Melaka. Dari Jalan Bunga Raya anda boleh menemui kampung ini selepas melalui persimpangan Hotel Majestic atau berhadapan dengan Uitm Melaka Kampus Bandar.

Bagi rakyat negeri Melaka , nama Kampung Morten bukanlah satu nama yang asing. Namun begitu , pelancong-pelancong dari negeri lain mungkin ada yang belum kenal , malah mungkin ini baru pertama kali mendengar kampung ini . Hakikatnya , Kampung Morten telah menerima pelawat daripada pelbagai pelosok dunia . Kampung Moten kini menjadi tumpuan pelancong dan bukan sahaja menawarkan pengalaman menarik meneroka kampung tradisional malah turut menyediakan homestay dan rumah penginapan pada harga yang amat berpatutan untuk disewa

Kampung ini telah diwartakan sebagai warisan dan Kerajaan Melaka telah memainkan peranan memulihara semula perkampungan ini dengan identiti asalnya untuk tujuan warisan dan perlancongan. Rekabentuk rumahnya adalah rumah senibina tradisional Melaka dengan bumbung dan tangga yang unik. Untuk lebih keseragaman , seni bina rumah-rumah di sini dibaik pulih dan dicat dengan warna yang sama.

Pada waktu malam pula , lampu-lampu dipasang di setiap rumah untuk menyerlahkan senibina dan mencantikan lanskap perkampungan ini bagi menarik perhatian pengunjung dan segala kos usaha ini dibiayai oleh kerajaan negeri Melaka.
Dan jika anda menaiki River Cruise ( telah disebut dalam post sebelum ini) , anda pasti akan teruja apabila menyusuri perkampungan ini dari air .


Saturday

Melaka River Cruise



Assalamualaikum , entry kali ini tentang Melaka River Cruise.

Melaka River Cruise ini tidak sama seperti river cruise yang lain . Bagi mereka yang menaiki river cruise ini akan terasa seperti berada di Venice,Italy . Pemandangan river cruise ini pada waktu malam sangatlah cantik. Bangunan bangunan sekelilingnya dihiasi lampu lip lap lip lap . Kebanyakkan orang lebih gemar menaiki river cruise ini pada waktu malam .

River Cruise ini beroperasi dari 9.00 pagi hingga 11.30 malam . Bagi mereka yang berkeluarga , tempat tempat ini amat sesuai untuk dikunjungi . Ticket bagi river cruise ini amatlah berbaloi hanya Rm 10 untuk dewasa dan Rm 5 untuk kanak kanak . River Cruise ini juga beroperasi setiap hari dan akan bergerak selang 30 minit .

Perjalanan River Cruise ini mengambil masa selama 40 hingga 45 minit . Korang boleh enjoy the view of Bandar Hilir, Melaka. Tempat duduk di dalam boat river cruise ini adalah terhad untuk 40 orang sahaja . Semasa menaiki River Cruise ini , para penumpang akan diberi jaket keselamatan (life jacket)
Jadi bagi sesiapa yang datang ke Melaka wajib datang ke Melaka River Cruise ini selain daripada harga ticket nya berpatutan . 

Friday

Muzium Samudera




Assalamualaikum , entry kali ini tentang Muzium Samudera . 

Muzium Samudera ini merupakan replika kapal Flor de La Mar yang dibina pada awal tahun 1990 . Muzium ini terletak , di jalan Quayside berhampiran muarar Sungai Melaka . Muzium ini dibina berdasarkan replika kapal Portugis berukuran 34 meter tinggi , 36 meter panjang dan 8 meter lebar . 

Fokus utama muzium ini dibina ialah untuk memaparkan sejarah kelautan Melaka dan zaman kegemilangan Melaka sebagai emporium timur . Selain itu , ia juga menyingkap pergolakkan politik maritim di Melaka yang membuktikan bahawa hilangnya kuasa politik maka hilanglah segalanya .

Lokasi ini amat sinonim dengan negeri Melaka kerana selain Kota A Famosa , boleh dikatakan replika kapal ini adalah satu 'trademark' bagi negeri kelahiran Hang Tuah ini.

Waktu operasi muzium ini :
Isnin-Khamis: 9.00 pagi hingga 5.30 petang
Jumaat-Ahad: 9.00 pagi hingga 9.00 malam


Bayaran Masuk:
Dewasa Rm3
Pelajar Rm1


Thursday

Kota A Famosa

Assalamualaikum , entry kali ini tentang Kota A Famosa.

Kota A Famosa ini telah mula dibina sejak 1511 tahun lamanya sebaik sahaja pihak Portugis berjaya menawan Melaka . Fungsinya ialah sebagai tembok pertahanan. Namun demikian , ia telah dimusnahkan oleh pihak inggeris pada 10 Ogos 1807. Kota A Famosa bermaksud 'Yang Temashur' dalam bahasa Portugis . Kota A Famosa ini terletak di Bandar Hilir , Melaka . Kota A Famosa merupakan seni bina Eropah tertua yang masih tinggal di Asia .

Kota A Famosa mengambil masa 5 bulan untuk di bina . Portugis menggunakan buruh paksa untuk membina Kota A Famosa bagi menangkis serangan orang melayu . Akibat suhu panas terik dan kekurangan makanan serta tenaga , ramai buruh paksa yang meninggal semasa dalam proses pembinaan Kota A Famosa . Bahan bagi membina kubu tersebut diambil dari runtuhan masjid dan bangunan yang lain .

Pembinaan Kota A Famosa adalah atas arahan Alfonso De Albuquerque , kononnya sebagai penentangan rakyat Melaka yang kononnya memaksa Portugis untuk membina kubu yang lebih kukuh selepas menawan Melaka . Kota A Famosa dibina sebegitu kukuh  sehinggakan ia membantu untuk menangkis segala serangan . 
Kota A Famosa ini merupakan tarikkan utama di Melaka selain daripada bangunan Stadhuys . Jadi ayuhlah ke Kota A Famosa , dari situ kita boleh lihat bagaimana usaha keras orang zaman dahulu membina sebuah kubu yang kukuh sehingga sekarang . Sampai berjumpa lagi , Assalamualaikum .